Cahaya menyinar di angkasa,
Cahaya menerangi alam semesta,
Aku pandang akan cahaya,
Sinarnya memberi tenaga
gembira,
Cahaya,
Berani aku melangkah
ke arahnya,
Bagai melawan tentera raksasa,
Namun,
Aku tetap inginkannya,
Kerana aku percaya,
Cahaya adalah penawar kepada
hati yang terluka,
Aku terkilan kerana sinarnya,
Aku bingung kerana terangnya,
Aku syahdu melihat bentuknya,
Akan ku cerap segala cahaya,
Dalam berlian emas dan permata,
Bersatu cahaya,
Aku kecapinya,
Indahnya ciptaan Allah yang Maha
Esa,
Aku akan buktikan cahaya,
Cahaya bukan sekadar cahaya,
Cahaya iman yang aku inginkan,
Membawa bahagia di dunia,
Membawa bahagia di akhirat jua,
Aku akan berjaya mendapatkanya,
Percaya, wahai dunia,..

No comments:
Post a Comment