berbisnes sambil bersastera:-)

Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011

naluri, perasaan dan hati

sungguh aku tertanya,
sungguh aku terpaksa,
sungguh aku kecewa,
itulah yang menjadi persoalannya,

Mengapa beratnya hati bila diseksa?
Hanya dengan pandangan mata,
Rasanya perit bercampur luka,
Apabila ditambah rasa kecewa,
Hancur binasa, segala yang ada,
itulah namanya perasaan dijiwa..

Naluri,
bimbang, resah, malu dan gembira,
khabarnya indah, pembuka minda,
semangat datang berkobar-kobar,
mencari langkah untuk berjaya,
inilah, kunci kebangkitan kita, untuk menangkis segala yang lara..

Saturday, January 1, 2011

kisah itu

Kisah itu,
Penuh dengan lautan kekecewaan
Penuh dengan dendam kesumat,
Namun,
Peristiwa itu menguji tahkta kesetiaan,
Perjuangan pengorbanan menakluk naluri
hati dan perasaan,

Kisah itu,
Menduga kesedihan,
Menghancurkan kegembiraan.
Melafazkan kata hati yang penuh dengan kasih sayang,

Kisah itu,
Akan ku jadikan sampah dalam pemikiran,
Akanku kekalkan kesetiaan,
Menjadi ia suatu tauladan....

Wednesday, December 8, 2010

Cahya

Cahaya menyinar di angkasa,
Cahaya menerangi alam semesta,
Aku pandang akan cahaya,
Sinarnya memberi tenaga
gembira,

Cahaya,
Berani aku melangkah
ke arahnya,
Bagai melawan tentera raksasa,
Namun,
Aku tetap inginkannya,
Kerana aku percaya,
Cahaya adalah penawar kepada
hati yang terluka,

Aku terkilan kerana sinarnya,
Aku bingung kerana terangnya,
Aku syahdu melihat bentuknya,
Akan ku cerap segala cahaya,
Dalam berlian emas dan permata,
Bersatu cahaya,
Aku kecapinya,
Indahnya ciptaan Allah yang Maha
Esa,

Aku akan buktikan cahaya,
Cahaya bukan sekadar cahaya,
Cahaya iman yang aku inginkan,
Membawa bahagia di dunia,
Membawa bahagia di akhirat jua,
Aku akan berjaya mendapatkanya,
Percaya, wahai dunia,..


widgeo.net

Sekolah

Sekolah itu,
Penuh dengan sejarah,
Penuh dengan saat-saat bahagia
bersama warganya,
Penuh dengan kisah yang asyik
bila dikongsi,
Itulah gedung ilmu yang banyaknya
sungguh tak terkira,

Sekolah itu,
Terkenang daku pada
zaman sekolahku,
Aku teruja melihat sergam indah
sekolah itu,
Sekolah wawasan penuh
impian,
Bangganya aku menjadi pelajar
sekolah itu,
Menjadi inspirasi setiap waktu,

Tuesday, December 7, 2010

kawan

Kawan,
Selama perkenalan ini,
Aku ingati saat-saat pahit
dan manis bersamamu,
Aku hayati pengorbananmu,
Kaulah pejuang hidupku,

Kawan,
Dalam kesempatan ini,
Aku ingin menerbitkan cahaya
nasihatmu,
Aku ingin menebus kesalahanku
kepadamu,
Aku paparkan agenda murnimu,
Kau mengharung hidup bersamaku,
Hanya untuk kejayaanku,

Kawan,
Aku mengalah,
Aku bersalah,
Aku berserah,
Hanya Allah saja yang tahu,
Niat aku untuk mengekalkan
persahabatan ini,
Kekal utuh,
Tak rela diroboh,

Kawan,
Aku teruja dengan dirimu,
Aku bangga menjadi kawanmu,
Aku bahgia menjadi kawanmu,
Akanku tunaikan hasratmu,
Menjadi kawanmu hingga
saat akhir hayatmu

Hasil Nukilan : Mohd Haris

Ibu

Ibu,
Kau idola hidupku,
Kau pendukung wawasanku,
Kau tak jemu membantuku,
Kau sentiasa berikan contoh terbaik
dalam hidupku,
Aku bangga menjadi anakmu,

Ibu,
Akanku tanam harapanmu,
Akanku tunaikan janjiku,
Akanku buktikan kepadamu,
Kejayaanku hadiahmu buat,

Ibu,
Dalam syahdu malam,
Dalam embun pagi,
Bersaksikan iman dan hati,
Ku pegang teguh pada janjiku,
Akan ku hormati dirimu sampai
akhir hayatku,

Ibu,
Ku susun sepuluh jari,
Memohon jutaan kemaafan,
Mengharapkan gunung keizinan,
Hanya kau redhakan tindakanku,
Berbakti kepadamu, bangsaku, negaraku,

Ibu,
Kaulah pencetus aspirasiku..