berbisnes sambil bersastera:-)

Powered By Blogger

Wednesday, December 8, 2010

Cahya

Cahaya menyinar di angkasa,
Cahaya menerangi alam semesta,
Aku pandang akan cahaya,
Sinarnya memberi tenaga
gembira,

Cahaya,
Berani aku melangkah
ke arahnya,
Bagai melawan tentera raksasa,
Namun,
Aku tetap inginkannya,
Kerana aku percaya,
Cahaya adalah penawar kepada
hati yang terluka,

Aku terkilan kerana sinarnya,
Aku bingung kerana terangnya,
Aku syahdu melihat bentuknya,
Akan ku cerap segala cahaya,
Dalam berlian emas dan permata,
Bersatu cahaya,
Aku kecapinya,
Indahnya ciptaan Allah yang Maha
Esa,

Aku akan buktikan cahaya,
Cahaya bukan sekadar cahaya,
Cahaya iman yang aku inginkan,
Membawa bahagia di dunia,
Membawa bahagia di akhirat jua,
Aku akan berjaya mendapatkanya,
Percaya, wahai dunia,..


widgeo.net

Sekolah

Sekolah itu,
Penuh dengan sejarah,
Penuh dengan saat-saat bahagia
bersama warganya,
Penuh dengan kisah yang asyik
bila dikongsi,
Itulah gedung ilmu yang banyaknya
sungguh tak terkira,

Sekolah itu,
Terkenang daku pada
zaman sekolahku,
Aku teruja melihat sergam indah
sekolah itu,
Sekolah wawasan penuh
impian,
Bangganya aku menjadi pelajar
sekolah itu,
Menjadi inspirasi setiap waktu,

Tuesday, December 7, 2010

kawan

Kawan,
Selama perkenalan ini,
Aku ingati saat-saat pahit
dan manis bersamamu,
Aku hayati pengorbananmu,
Kaulah pejuang hidupku,

Kawan,
Dalam kesempatan ini,
Aku ingin menerbitkan cahaya
nasihatmu,
Aku ingin menebus kesalahanku
kepadamu,
Aku paparkan agenda murnimu,
Kau mengharung hidup bersamaku,
Hanya untuk kejayaanku,

Kawan,
Aku mengalah,
Aku bersalah,
Aku berserah,
Hanya Allah saja yang tahu,
Niat aku untuk mengekalkan
persahabatan ini,
Kekal utuh,
Tak rela diroboh,

Kawan,
Aku teruja dengan dirimu,
Aku bangga menjadi kawanmu,
Aku bahgia menjadi kawanmu,
Akanku tunaikan hasratmu,
Menjadi kawanmu hingga
saat akhir hayatmu

Hasil Nukilan : Mohd Haris

Ibu

Ibu,
Kau idola hidupku,
Kau pendukung wawasanku,
Kau tak jemu membantuku,
Kau sentiasa berikan contoh terbaik
dalam hidupku,
Aku bangga menjadi anakmu,

Ibu,
Akanku tanam harapanmu,
Akanku tunaikan janjiku,
Akanku buktikan kepadamu,
Kejayaanku hadiahmu buat,

Ibu,
Dalam syahdu malam,
Dalam embun pagi,
Bersaksikan iman dan hati,
Ku pegang teguh pada janjiku,
Akan ku hormati dirimu sampai
akhir hayatku,

Ibu,
Ku susun sepuluh jari,
Memohon jutaan kemaafan,
Mengharapkan gunung keizinan,
Hanya kau redhakan tindakanku,
Berbakti kepadamu, bangsaku, negaraku,

Ibu,
Kaulah pencetus aspirasiku..

Curahan rasa hati.........

Pelangi hadir itu mewarnai bumi yang segar,
Kerna turunnya hujan rahmatNya,
Begitu juga dirimu,
Sepurnama permata disisiku,
Cahyamu menyinari seiras warna pelangi itu,
Kuat dalam akademikku turut lemah dipanah
pandanganmu,

Bunga mawar,
Harumnya kamu,
Begitu juga cantiknya ia,
Secantik wajahmu,
Berlian dan emas tidak akan ku cari,
Selagi hatiku jauh daripadamu,

Jujurku bak emas menghiasi mahligai,
Tak akan ku terima lamaran puteri raja sekali pun,
Semua ini kerana dirimu,
Akan ku korban harta dan nyawaku,
Demi kasihku padamu,

Teman hidupku,

Dengan kudrat,
Ku luahkan jua pendaman hati ini,
Rasa hati tak tertahan hanya ucapan adalah
jawapan,
Resahan hatiku tak menentu,
Hanya asyik fikirkan dirimu...

Hasil nukilan : Mohd Haris

sajak guru

Guru,
Kau umpama lampu pelita,
Menyinari malam dengan penuh sinarmu,
Kau menyemarakkan ilmu duniamu untuk kepentingan anak
muridmu,
Kaulah pemangkin anak bangsa,

Guru,
Dalam hidup ini,
Aku bangga menjadi anak muridmu,
Dalam hidup ini,
Hanya kau penyuluh jalan hidupku,

Guru,
Teringat aku zaman sekolahku,
Kau.membimbing tanpa rasa jemu,
Kau mendidik tak kira waktu,
Bangga sungguh diriku,
Mempunyai guru sepertimu,

Guru,
Harapanmu aku tunaikan,
Ribuan kemaafan ku ucapkan,
Amanahmu ku laksanakan,

Guru
Dalam malam ku terangkan,
Ilmu daripadamu ku gunakan,
Kejayaan ku berikan kepadamu,
Tanda aku berterima kasih kepadamu..


Hasil Nukilan : Mohd Haris